Thursday 30 May 2013

Kelebihan Bangun Pagi

Dapat bersenam



 Menghirup udara segar pada  pagi hari dapat  memberikan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Dengan sedikit masa walaupun  sekadar lima minit untuk bersenam, boleh menjadikan tubuh badan  kita lebih bertenaga.

 

Bersarapan Awal

Bersarapan  pada waktu pagi merupakan antara perkara penting yang mesti dilakukan. Dengan bersarapan, tenaga dapat dijana untuk bekerja, belajar dan berfikir. Selain itu sarapan merupakan cara berdiet yang betul dan mampu mencegah kegemukan.

Emosi yang Stabil


Cuba kita lihat, kebanyakan pekerja lewat ke tempat kerja kerana bangun lewat. Kesudahannya mereka terperangkap dalam kesesakan lau lintas, kemudian terlewat sampai ke tempat kerja dan dimarahi pihak atasan. Hasilnya emosi terganggu sepanjang hari tersebut.


Dapat Menyelesaikan kerja dengan segera


Bagi seorang ibu yang berkerjaya, bangun awal pagi memberi ruang masa yang lebih untuk menyelesaikan kerja-kerja seprti membasuh pakaian, memasak dan membuat sarapan untuk suami dan anak-anak. Bagi seorang pelajar, dengan bangun awal mereka boleh mengulang kaji pelajaran. Begitu juga dengan bagi suami yang bangun awal  dapat mengejutkan isteri dan anak anak untuk solat subuh secara berjemaah.

Menyambut Hari Baru


Diberi keizinan untuk memulakan hari baru ialah  nikmat yang ternilai harganya. Bayangkan seandainya kita tidur panjang dan selama-lamanya? Maka bersyukurlah dikurniakan hari baru dengan memulakan hari pada awal pagi lagi.

 

Produktiviti kerja lebih Baik


Dengan tenaga yang terhasil daripada senaman dan sarapan, maka kita mampu memberikan hasil yang lebih baik.


Sumber : Solusi,2011

Wednesday 29 May 2013

SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan menepati  kandungan falsafah pendidikan Kebangsaan, “Pendidikan Di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke- arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.”
Pendidikan bermula sejak seseorang itu dalam kandungan sehingga ke akhir hayat. Pendidikan berterusan ini melibatkan tiga peringkat iaitu Peringkat Awal, Peringkat Sekolah dan Peringkat Lepas Sekolah. Pada peringkat awal, pendidikan yang diperoleh adalah secara tidak formal. Di rumah, kanak-kanak mendapat pendidikan asas daripada Ibu bapa. Seseorang itu dididik untuk makan, minum, bertutur, mengenali anggota badan, dan aspek yang berkaitan akhlak mulia. Kanak-kanak juga menerima pendidikan asas semasa di tadika. Kanak-kanak belajar berkomunikasi dan berinteraksi dengan kanak- kanak lain.
Seterusnya murid-murid mendapat pendidikan formal pada peringkat sekolah yang terbahagi kepada dua , sekolah rendah dan menengah. Di sekolah, murid-murid akan memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran, penghayatan agama dan nilai murni. Murid-murid juga diberi peluang mengembangkan bakat dan potensi serta membentuk jati diri. Proses pendidikan berterusan sehingga ke Peringkat Lepas Sekolah. Pendidikan terus berlaku semasa seseorang meneruskan pengajian di- universiti, di tempat kerja mahupun dalam komuniti.
Sistem pendidikan negara kita sentiasa berkembang dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan dan cabaran. Pihak kerajaan sentiasa meningkatkan mutu pendidikan negara kita. Sistem pendidikan Negara kita mampu melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berpendidikan bagi memacu negara pada masa hadapan.

Tuesday 28 May 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jauh perjalanan luas pengalaman                                                                             Sentiasa belajar                                                                                            

ana muslim photo: ana muslim ala2busuk.jpg

KEMAHIRAN BERFIKIR

Pautan Kemahiran Berfikir

Pautan Etikal Menghilangkan Mengantuk

Friday 5 April 2013


Ilmu Yang berguna adalah Ilmu yang mendekatkan diri dengan Allah s.w.t dan berguna di dunia dan akhirat